MIRI: Lebih kurang 2,000 tetamu memeriahkan Majlis Malam Krismas anjuran Meritz Hotel semalam. Acara bertajuk “A Glorious Christmas” itu meriah dengan hidangan bufet khas, persembahan langsung dan kumpulan koir yang menghangatkan suasana perayaan.

Pengarah Pengurusan Meritz Hotel, Encik Lee Jae Hyun, menyatakan hotel menyajikan lebih 150 jenis hidangan, merangkumi sajian barat dan tempatan seperti ayam belanda bakar, ham madu, laksa Sarawak serta pelbagai pencuci mulut berasaskan krim keju dan coklat. Kesemua juadah dihidangkan di Dewan Ballroom utama yang dihiasi lampu pelbagai warna, pokok Krismas dan hiasan salji tiruan.

“Kami berhasrat memberikan tetamu pengalaman yang memuaskan dan selesa sambil meraikan semangat kasih sayang dan kesyukuran bersama keluarga, sahabat handai dan kenalan,” tambahnya.

Suasana semakin meriah dengan persembahan lagu Krismas oleh Amplified Band serta paduan suara hotel. Anak-anak teruja apabila Santa Claus hadir membawa hadiah. Pada kemuncak acara, satu cabutan bertuah diadakan dengan hadiah utama baucar penginapan dua hari satu malam di Meritz Hotel.

Tetamu yang ditemui mengagumi kelancaran majlis dan kualiti hidangan. Rata-rata menganggap sambutan di Meritz Hotel sebagai salah satu program Krismas paling meriah di Miri pada tahun ini.



📊 Miri Property Market Insight

Pasaran hartanah Miri terus mencatat pertumbuhan stabil, dipacu oleh projek infrastruktur baharu, aktiviti sektor minyak & gas, pertambahan penduduk, serta permintaan semakin tinggi untuk unit sewa dan jual semula. Mengikuti perkembangan terkini projek hartanah, tren harga dan dasar kerajaan dapat membantu pembeli serta pelabur membuat keputusan bijak.

💡 What This Means for Buyers & Investors

Bagi pembeli rumah, Miri menyediakan pelbagai pilihan dari unit mampu milik sehingga komuniti berpagar bertaraf premium. Pelabur pula boleh memperoleh hasil sewa menarik di kawasan strategik seperti Marina, Permyjaya, Taman Tunku dan pangsapuri di pusat bandar. Pelancaran projek baharu turut menawarkan peluang melalui harga pratonton dan diskaun pemaju.

🔗 Useful Resources



Note: This article was retrieved automatically from reliable news sources. The information is meant for general purposes only. Always confirm project specifics, prices, and investment choices with licensed agents or official developers.

📈 Looking for Ways to Grow Your Savings?

After budgeting or planning your property expenses, explore smarter investing options like REITs and stocks for long-term growth.

📈 Start Trading Smarter with moomoo Malaysia →

(Sponsored — Trade REITs & stocks with professional tools)